Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam lagi lukisan bersejarah ditemui

    THE HAGUE, 17 OKT – Pakar seni Belanda yang digelar ‘Indiana Jones of the Art World’ menemui enam lagi lukisan termasuk potret William of Orange dan gambaran pertama seorang raja pada abad ketujuh.

    Pakar seni Arthur Brand menjadi perhatian seluruh dunia pada bulan lalu apabila dia menemui lukisan Van Gogh, yang dicuri sebelum disumbat dalam beg Ikea.

    Beliau juga percaya bahawa kejayaan yang dihebahkan secara meluas itu membawa kepada lebih banyak penemuan lukisan berharga.

    Bulan lalu, Arthur Brand bertindak mengambil enam lagi lukisan terbaharu di dewan bandar Medemblik, di kawasan utara negara berkenaan.

    Walaupun nilai lukisan berkenaan itu tidak besar, iaitu sekitar 100,000 euro, lukisan itu dianggap mempunyai kepentingan sejarah tersendiri, termasuk potret terawal Radbod, raja Frisian dari 680 Masihi.

    Selepas kecurian awal pada September, Arthur dikatakan secara meluas mendakwa ‘pencuri’ sepatutnya mencuri enam motosikal, kerana ini akan lebih mudah untuk dijual semula.

    “Dalam beberapa kes, mereka membakarnya, hanya untuk membuang bukti kerana mereka mendapati mereka tidak boleh menjualnya.

    “Jadi saya sangat bersyukur kerana mereka memutuskan untuk melakukan perkara yang betul. Mencuri adalah salah, tetapi jika awda mengembalikannya, sekurang-kurangnya awda melakukan sesuatu yang betul,” kata Arthur kepada wartawan. – AFP

    Arthur Brand bergambar bersama enam lukisan yang telah dipulihnya termasuk potret William of Orange. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda