Thursday, July 4, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Enam lagi perdengarkan bacaan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi diteruskan lagi hari ini dengan tiga orang qari dan tiga qariah memperdengarkan bacaan masing-masing di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
     
    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat pada hari kedua musabaqah berkenaan.
     
    Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku pengerusi jawatankuasa tertinggi musabaqah tersebut bagi tahun ini.
     
    Turut menjunjung keberangkatan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Pemangku Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi musabaqah pada tahun ini.
     
    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang.
     
    Kemudian, musabaqah dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh tiga peserta iaitu Pengiran Mohd Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marzuki, Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marzuki dan Haji Mohammad bin Ali.
     
    Majlis diserikan dengan persembahan Selawat As-Syifa daripada gabungan pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Insurans Islam TAIB Holding Sdn Bhd dan Darussalam Holding Sdn Bhd.
     
    Musabaqah diteruskan lagi dengan memperdengarkan bacaan daripada tiga peserta, Dayang Nur Amal Atiqah @ Aida binti Haji Sudirman, Haji Hazwan bin Haji Salim dan Dayang Najla’ Sabreena binti Haji Abdul Rajid.
     
    Musabaqah akan disambung esok dengan majlis pengumuman keputusan bagi menentukan johan qari dan qariah di tempat yang sama bermula pukul 7:30 malam.
     
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat pada hari kedua Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi dengan tiga orang qari dan tiga qariah memperdengarkan bacaan masing-masing di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat pada hari kedua musabaqah kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ke Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: Antara qari dan qariah yang memperdengarkan bacaan mereka pada hari kedua Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Persembahan Selawat As-Syifa menyerikan lagi majlis. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Para jemputan khas yang menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir: Sembilan maut, jutaan terjejas

    GUWAHATI, 4 JULAI – Hujan lebat dan sungai melimpah di timur laut India dan negara jiran, Bangladesh, telah meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, menurut pegawai...