Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam lelaki menyamar polis ditahan

    NEW DELHI, 11 OGOS – Polis India menahan enam lelaki kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan memeras wang berbentuk ‘derma’ dari sebuah pejabat sewa yang dilabel sebagai ‘biro penyiasatan jenayah’.
     
    Menurut kenyataan polis semalam, kumpulan itu mengendalikan sebuah pejabat di bandar satelit New Delhi, Noida, yang dihias dengan warna dan logo menyerupai pihak berkuasa, serta menggunakan nama ‘Biro Penyiasatan Polis dan Jenayah Antarabangsa’.
     
    Siasatan mendapati mereka memalsukan dokumen dan sijil, mengendalikan laman web bagi mengutip ‘derma’ daripada mangsa, serta mendakwa mempunyai kaitan dengan Interpol dan unit jenayah antarabangsa lain.
     
    Polis merampas beberapa telefon bimbit, buku cek, cop rasmi dan kad pengenalan daripada suspek.
     
    Kes itu berlaku beberapa minggu selepas seorang lelaki ditahan kerana menjalankan ‘kedutaan palsu’ dari sebuah rumah sewa berhampiran New Delhi dan menipu pencari kerja dengan janji pekerjaan di luar negara. Lelaki itu mendakwa dirinya sebagai duta kepada ‘negara’ rekaan termasuk West Arctica, Saborga, Poulvia dan Lodonia. – AFP
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda