Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam maut, 14 cedera dalam rempuhan

    BASRA, 3 APRIL – Enam pelajar terbunuh dan 14 lagi cedera kelmarin apabila sebuah trak merempuh mereka dalam perjalanan keluar dari sekolah di wilayah Basra, selatan Iraq, kata pihak berkuasa.

    ‘Polis di Basra menahan pemandu trak yang melanggar enam pelajar dan membunuh mereka serta mencederakan 14’ yang lain di wilayah Al-Hartha, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Miqdad Miri.

    Menurut maklumat awal, pemandunya telah ‘hilang kawalan ke atas trak yang mengalami kerosakan brek,’ tambahnya dalam satu kenyataan.

    Pada 2022, kemalangan jalan raya di Iraq meragut lebih 4,900 nyawa, purata 13 orang setiap hari, menurut angka Kementerian Kesihatan.

    Konflik, kecuaian dan rasuah yang berleluasa telah menyebabkan infrastruktur Iraq yang kaya dengan minyak, termasuk jalan raya dan jambatan berada dalam keadaan kopak-kapik.

    Pegawai sering menyalahkan kemalangan ke atas pemandu yang mengabaikan had laju, menggunakan telefon bimbit, pengambilan dadah dan alkohol. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda