Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam maut cecair nitrogen bocor

    WASHINGTON, 29 JAN – Enam orang maut manakala sembilan lagi cedera akibat kebocoran cecair nitrogen di kilang pemprosesan makanan di Atlanta, semalam.

    Pegawai polis di Gainesville, Georgia mengesahkan lima mangsa maut di tempat kejadian dan 10 orang dihantar ke hospital untuk dirawat.

    Seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia di hospital dan tiga lagi berada dalam keadaan kritikal.

    Polis berkata kebocoran itu tidak menyebabkan letupan manakala punca kejadian belum diketahui dan sedang disiasat.

    Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10 pagi waktu tempatan di kilang memproses makanan ternakan yang terletak di Hall County.

    Sekolah berhampiran kilang terbabit turut ditutup sementara kepada pelajar selepas laporan menyatakan kemungkinan berlaku letupan kimia di lokasi kejadian. – AFP

    Pekerja berkumpul di luar tapak FoundationFoodGroup pada 28 Januari 2021 di Gainesville selepas kebocoran nitrogen cecair membunuh enam orang. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda