Enam maut dalam insiden tembakan di Milwaukee

WASHINGTON, 27 FEB – Enam orang termasuk penyerang, seorang lelaki berusia 51 tahun maut dalam insiden tembakan di sebuah kilang bir di Milwaukee, lapor agensi berita Sputnik memetik Ketua Polis Alfonso Morales.

“Suspek dikenal pasti seorang lelaki berusia 51 tahun, maut akibat tertembak diri sendiri,” kata Morales pada sidang media.

Pada 2.08 petang waktu tempatan,  polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu yang berlaku di kilang Miller Coors di bandar Milwaukee, Wisconsin. Stesen penyiar tempatan WISN 12 melaporkan, sebelum itu penyerang yang merupakan bekas pekerja kilang tersebut telah dipecat, kemudian suspek kembali semula ke kilang berkenaan dengan membawa bersamanya senjata api.

Presiden Donald Trump semasa taklimat media di Rumah Putih mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.  Ketua Pegawai Eksekutif Molson Coors, Gavin Hattersley, dalam satu kenyataan berkata syarikat itu menutup sementara pejabatnya di Milwaukee.  – Bernama