Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Enam maut dalam insiden tembakan

    BOGOTA, 13 SEPT – Enam orang ditembak mati pada Isnin di sebuah bilik biliard di Barranquilla, yang terletak di utara Colombia, lapor Agensi Anadolu.

    Tiga lelaki yang menaiki sebuah van putih dilaporkan tiba di bangunan itu dan mula melepaskan tembakan.

    Empat orang terbunuh di tempat kejadian, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia di hospital beberapa minit kemudian.

    “Insiden itu berlaku mungkin disebabkan kecurian atau rampasan kokain dalam kuantiti besar di Teluk Clan,” kata Ketua Polis Oscar Daza. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...