NEW DELHI, 3 Ogos – Sekurang-kurangnya enam pekerja terbunuh apabila sebuah kren tumbang di sebuah tapak pembinaan di negeri Karnataka yang terletak selatan India, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis tempatan hari ini.
Nahas itu berlaku di daerah Kalaburagi.
“Kren itu tiba-tiba tumbang di kilang simen yang sedang dalam pembinaan pada malam Khamis. Enam pekerja maut di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera telah dikejarkan ke hospital,” kata seorang pegawai polis.
Satu siasatan telah diarah dilakukan berhubung insiden itu, katanya. – Bernama