Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam maut kejadian tanah susur di lombong emas

    JAKARTA, 28 SEPT – Tanah susur yang berlaku di sebuah lombong emas tradisional di wilayah selatan Kalimantan, Indonesia, mengorbankan enam orang dan tiga lagi masih hilang, menurut anggota penyelamat kelmarin.

    Enam orang pelombong berjaya menyelamatkan diri, yang berlaku sebelum tengah malam pada Isnin di sebuah lombong yang terletak di daerah Kotabaru, menurut Amri Zuna Kurniawan, ketua unit operasi pejabat mencari dan menyelamat wilayah.

    “Enam mayat telah ditemui dan tiga lagi masih hilang,” dia memberitahu Xinhua melalui panggilan telefon.

    Operasi mencari dan menyelamat bagi mangsa yang hilang masih dijalankan, melibatkan kakitangan dari pejabat pengurusan bencana tempatan dan agensi pencegahan, anggota tentera dan komuniti dari kawasan tersebut, katanya.

    Lokasi lombong yang berada di kawasan terpencil di daerah itu menyukarkan operasi menyelamat, tambahnya. – Xinhua

    Mayat mangsa kejadian tanah susur dibawa ke dalam ambulan selepas insiden di lombong emas itu meragut enam jiwa. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda