Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam maut, lapan cedera dalam kemalangan di India

    NEW DELHI, 15 JULAI – Enam orang maut dan lapan lagi cedera apabila sebuah lori yang dipandu laju melanggar sebuah bas yang berhenti di tepi jalan di negeri Gujarat, barat India hari ini, menurut pengesahan pihak polis tempatan.

    Kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Ahmedabad-Vadodara, berhampiran bandar Anand.

    Bas persendirian itu berhenti di tepi jalan selepas tayarnya pecah, dan para penumpang berdiri di sebelah bas ketika lori yang dipandu laju merempuh mereka.

    Lima orang, termasuk pemandu bas, maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaan di hospital.

    Keadaan mangsa lain yang cedera dan dimasukkan ke hospital tempatan dilaporkan stabil. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda