Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam maut pesawat peribadi terhempas

    PORT-AU-PRINCE, 4 JULAI – Enam maut apabila pesawat peribadi terhempas di selatan ibu negara Haiti, Port-au-Prince, kata pihak berkuasa tempatan semalam.

    Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang di sini pada jam 6:57 petang kelmarin dan sepatutnya tiba di Jacmel, di pantai selatan Haiti, sekitar satu jam kemudian, menurut Pejabat Penerbangan Awam Nasional (NCAO).

    “Pesawat itu terhempas dalam perjalanan dengan enam orang di dalamnya,” kata laporan kejadian NCAO.

    Koordinator Perlindungan Sivil Jabatan Ouest Haiti, Gutenberg Destin, mengesahkan kepada AFP bahawa keenam-enam orang yang berada di dalamnya meninggal dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda