JAKARTA, 30 APRIL – Sekurang-kurangnya enam orang dibunuh tentera Myanmar sejak berakhirnya Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN di Jakarta minggu lalu, lapor Agensi Anadolu memetik kumpulan hak asasi kelmarin.
Mesyuarat itu mencapai kesepakatan mengenai lima konsensus untuk menamatkan keganasan pasca rampasan kuasa di negara itu.
Menurut Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP), pasukan keselamatan juga telah membunuh sekurang-kurangnya 756 orang sejak rampasan kuasa tentera 1 Februari. – Bernama