Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam maut taufan Mora landa Bangladesh

    DHAKA, 31 Mei – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh berikutan dengan kejadian Siklon Mora yang melanda pantai Bangladesh selepas membuat pendaratan di rantau tenggara negara pada pagi Selasa.

    Seorang pegawai Pusat Penyelarasan Tindak Balas Bencana Kebangsaan Bangladesh (NDRCC) memberitahu Xinhua malam Selasa bahawa taufan tersebut menyebabkan kematian enam orang di dua daerah, memusnahkan kebanyakan rumah, tanaman dan infrastruktur.

    Menurut pegawai itu, empat orang maut di daerah Bazar Cox, kira-kira 292 km tenggara ke ibu negara Dhaka, dan dua di daerah Rangamati tenggara, sekitar 293 km dari ibu negara Dhaka.

    Pegawai berkenaan melahirkan kebimbangan bahawa kemungkinan terdapat lebih banyak korban dalam kejadian tersebut.

    Kebanyakan daerah yang berada di pesisir Bangladesh telah dilanda oleh angin kencang dengan kelajuan sehingga 135 kilometer sejam, yang menumbangkan pokok dan rumah, menerbangkan bumbung dari bangunan dan menyebabkan gangguan kuasa dan air secara meluas.

    Penduduk Bangladesh berpindah ke kawasan perlindungan di pantai di daerah Bazar Cox kelmarin. Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh berikutan dengan kejadian Siklon Mora yang melanda pantai Bangladesh selepas membuat pendaratan di rantau tenggara negara pada pagi Selasa. – AFP
    Penduduk Bangladesh berpindah ke kawasan perlindungan di pantai di daerah Bazar Cox kelmarin. Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh berikutan dengan kejadian Siklon Mora yang melanda pantai Bangladesh selepas membuat pendaratan di rantau tenggara negara pada pagi Selasa. – AFP

    Berpuluh-puluh kampung di daerah tersebut telah dilaporkan dilanda banjir dan kebanyakan rumah-rumah di kawasan berkenaan mengalami kerosakan.

    Berikutan kejadian hujan lebat yang melanda negara itu, Setiausaha Kementerian Bencana Bangladesh, Golam Mostafa memberitahu wartawan kelmarin bahawa 468,000 orang telah dipindahkan atau mencari perlindungan ke tempat yang lebih selamat sebelum ribut melanda pantai Bangladesh dari teluk Bengal pada petang Isnin.

    Rakaman televisyen menunjukkan kemusnahan berlaku secara meluas di beberapa kawasan pantai Cox Bazaar, Chittagong dan daerah-daerah lain. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda