Saturday, February 1, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam murid terima tajaan yuran sekolah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Enam orang murid sekolah-sekolah Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) yang terpilih telah menerima tajaan yuran sekolah bagi tempoh satu tahun pengajian iaitu 2023-2024 di sekolah-sekolah PGGMB.

    Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Sijil Tajaan Yuran Sekolah PGGMB telah diadakan di Sekolah PGGMB Sungai Akar, kelmarin.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Yang Dipertua PGGMB, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman, penaja yuran, Ganasen Subramanium serta ibu bapa pelajar-pelajar dan guru-guru besar sekolah berkenaan.

    Ganasen dalam ucapannya menyatakan bahawa tajaan yuran berkenaan merupakan sumbangan peribadi kepada sebahagian masyarakat yang memerlukan di negara ini termasuk pelajar-pelajar sekolah.

    Sementara itu, Haji Awang Abdul Alim dalam ucapannya pula merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ganasen Subramanium atas tajaan yuran bagi murid-murid yang terpilih berkenaan.

    Majlis menyaksikan penyampaian sijil tajaan yang disempurnakan oleh seorang usahawan, Ganasen Subramanium kepada para murid yang menerima tajaan yuran sekolah.

    Murid-murid berkenaan ialah dua orang murid dari Sekolah Tunas Jaya PGGMB Lambak

    Haji Awang Abdul Alim, Ganasen Subramanium bergambar ramai dengan murid-murid, ibu bapa serta guru-guru besar sekolah-sekolah PGGMB pada majlis berkenaan. – Gambar serahan PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda