Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Enam OKU antara 22 pendaki bakal takluk Gunung Kinabalu

    KUALA LUMPUR, 12 OGOS – Enam pendaki orang kurang upaya (OKU) antara 22 peserta yang bakal menggalas cabaran ekspedisi Kinabalu OKU Challenge  2022 yang dijadual bermula hujung bulan ini.

    Mereka terdiri daripada empat pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pensyarah Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM Prof Madya Dr Mohd Nizam Barom dan pegawai kelestarian daripada Persatuan OKU Sentral Khairull Hafiz Ismail.

    Ekspedisi anjuran UIAM itu yang bermula 28 Ogos hingga 2 Sept ini, akan diketuai Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) UIAM Prof Madya Dr Zulkifli Hasan dan disertai lima pendaki pengiring rapat atau buddies climbers serta 10 kakitangan krew pendaki yang lain.

    Seorang peserta, Mohd Nizam, 46, berkata beliau pada mulanya berasa agak gementar untuk menyertai ekspedisi itu kerana tidak pernah melakukan aktiviti pendakian sebelum ini. – Bernama

    Senator Datuk Ras Adiba Radzi (tengah) bergambar bersama para peserta pada Majlis Pelancaran Cabaran OKU IIUM Kinabalu 2022 di Bangunan Muhammad Abdul Rauf IIUM, Gombak, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...