Friday, October 25, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam orang dibicara atas kebakaran kelab karaoke

    HANOI, 24 OKT – Enam orang dibicarakan hari ini berhubung kebakaran besar yang meranapkan sebuah kelab karaoke dan telah mengorbankan 32 orang di Vietnam dua tahun lalu, kata media kerajaan.

    Kebakaran tersebut berlaku di wilayah berhampiran hab perniagaan Bandar Ho Chi Minh di mana ia telah mengakibatkan penutupan beribu-ribu kelab karaoke di seluruh negara itu.

    Pemilik kelab, seorang kontraktor dan empat pegawai polis dituduh melanggar peraturan pencegahan kebakaran, kata akhbar Tuoi Tre yang dikendalikan kerajaan.

    “Mereka juga menghadapi tuduhan gagal bertanggungjawab… membawa kepada akibat yang serius,” tambah laporan itu.

    Kebakaran yang berlaku di tingkat dua bangunan karaoke An Phu yang mempunyai 30 bilik di Binh Duong pada September 2022, memerangkap pelanggan dan kakitangan yang berada di dalam bangunan itu.

    Semasa kejadian, ramai di antara mereka berusaha untuk melarikan diri daripada api yang merebak dengan cepat, manakala yang lainnya ada yang terpaksa melompat dari bangunan tersebut.

    Seramai 32 yang terdiri daripada 17 lelaki dan 15 wanita maut dalam kejadian itu. – AFP

    Gambar fail bertarikh 7 September 2022 menunjukkan anggota bomba dan penduduk di tempat kejadian kebakaran yang melanda sebuah kelab karaoke di Binh Duong. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda