Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam pasukan bersaing, Piala Bola Keranjang Aewon 2024

    Oleh Daniel Lim

    SERIA, 15 OGOS – Enam pasukan bersaing dalam Piala Cabaran Bola Keranjang Tahunan Aewon Daerah Belait 2024 di gelanggang bola keranjang New Village, Seria pada sejak 9 Ogos lalu.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis perasmian kelmarin adalah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.

    Beliau diiringi oleh Pembantu Peribadi Pengarah Urusan Aewon Brunei, Ethan Lim Yee Cheng atas jemputan oleh Pengerusi Persatuan, Koo Kong Loi untuk merasmikan kejohanan tersebut.

    Enam pasukan yang bertanding ialah T Best, Megalift, Digimark, Spice Treasure, Natural Born Thriller dan Air Ballers.

    Dalam ucapan perasmian, Ethan Lim Yee Cheng menekankan bagaimana kejohanan seperti ini membantu mengasah kemahiran pemain bola keranjang berbakat di daerah ini, di samping membantu membina semangat kesukanan dan semangat setia kawan dalam sukan.

    Atas & Bawah: Haji Amirol Hafidzin dan Ethan Lim menyampaikan kata-kata aluan dan perasmian pada malam itu.

    Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan sukan yang dimainkan secara profesional di daerah ini dengan menyatakan minatnya sejak muda aktif bermain bola keranjang di samping tanggungjawabnya sebagai pegawai daerah.

    Beliau berharap kejohanan tahunan itu akan membantu menggalakkan dan memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain untuk melangkah ke gelanggang bagi mengasah kemahiran dan bakat melalui pertandingan dan aktiviti persahabatan.

    Selepas ucapan, acara diteruskan dengan maklumat mengenai salah satu perlawanan yang diadakan pada malam itu yang menyaksikan Spice Treasure menentang Natural Born Thriller, di mana pasukan Thriller memperoleh pendahuluan awal dalam dua suku pertama perlawanan.

    Tidak mengalah, Spice Treasure berjaya merapatkan jurang dan akhirnya mengatasi Natural Born Thriller pada suku akhir, menamatkan perlawanan dengan 87-77.

    Sementara itu, T Best menentang Air Ballers awal malam itu dengan pasukan Best berjaya mendapat tempat yang kukuh pada suku pertama sehingga akhir permainan mengakhiri kedudukan 125-74 mengalahkan Ballers.

    Sebahagian dari aksi pada perlawanan malam itu.

    Enam pasukan itu dijadualkan untuk terus bersaing antara satu sama lain dalam format round-robin, dengan empat pasukan teratas mara ke separuh akhir untuk peluang menyertai ke final yang dijadualkan berlangsung pada malam 25 Ogos nanti.

    Piala tahunan itu bertujuan mempromosikan dan memupuk bakat pemain bola keranjang Daerah Belait serta bersempena Sambutan Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78.

    Gambar ramai pemain, penganjur dan tetamu kehormat.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda