Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam pelajar terima sumbangan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Enam pelajar terdiri daripada anak-anak yatim Sekolah Rendah Sultan Abdul Bubin, Sungai Besar, baru-baru ini, telah menerima sumbangan daripada Mantan Guru-guru Sekolah Rendah Dato Marsal (SRDM) bagi tahun 1991-1998 sempena bulan Ramadan.

    Acara yang diadakan di SRDM telah disampaikan oleh Haji Othman bin Abdul Rahman, selaku wakil dari sekolah berkenaan. 

    Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Rendah Dato Marsal, Dayang Nur Aliyah Damia binti Abdullah Lim, serta pegawai-pegawai sekolah tersebut. Acara diakhiri dengan doa selamat yang telah dibacakan oleh Haji Halim bin Abdullah.

    Gambar ramai para pelajar yang menerima sumbangan bersama mantan guru-guru SRDM pada acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SRDM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda