Saturday, July 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam pelajar universiti China lemas terjatuh dalam tangki

    BEIJING, 24 JULAI – Enam pelajar universiti China lemas kelmarin selepas terjatuh ke dalam tangki pengapungan semasa lawatan sambil belajar di sebuah lombong, menurut media kerajaan.

    Para pelajar dari Universiti Timur Laut China sedang memerhatikan proses pengapungan di lombong di Inner Mongolia apabila plat grid runtuh, menyebabkan mereka terjatuh ke dalam tangki, lapor agensi berita Xinhua.

    Keenam-enam mereka telah dikeluarkan dari tangki tetapi disahkan meninggal
    dunia oleh kakitangan perubatan, tambahnya.

    Seorang guru turut cedera dalam kemalangan yang berlaku kelmarin.

    Keselamatan lombong di China telah bertambah baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, begitu juga dengan liputan media mengenai insiden besar, yang kebanyakannya pernah diabaikan.

    Gambar Envato

    Bagaimanapun, kemalangan masih kerap berlaku dalam industri itu di mana protokol keselamatan yang tidak ketat.

    Pihak berkuasa tempatan, universiti dan pemilik lombong, China Gold Group Co., mengendalikan kerja susulan, kata Xinhua.

    Hashtag yang berkaitan dengan insiden itu menjadi topik paling popular di platform media sosial Weibo semalam.

    Ia telah ditonton kira-kira 100 juta kali dalam sejam selepas media China menyiarkan berita itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda