Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam pemenang bertuah dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Enam pelanggan bertuah telah diumumkan sebagai pemenang Kempen Berbelanja dan Menang Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) Bad Lab x Good Virtues Co pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pusat Membeli-belah One City, baru-baru ini.

    Penyampaian hadiah semasa Guardian Raya untuk Semua itu telah disempurnakan oleh Pakar Sokongan Komersial, Cynthia Balaja.

    Pemenang yang membawa pulang pelbagai jenis produk daripada Bad Lab dan Good Virtues Co itu terdiri daripada Dayang Nurul Rahimah binti Abdul Rahim, Hajah Nur Hafizah binti Haji Mohamad, Dayang Hazimah binti Haji Pungut, Awang Muhammad Hamizan bin Haji Abdul Latif, Awang Mohammad Azeem Putra bin Abdul Wahab dan Dayang Maryati binti Mohd Yassin.

    DCH Auriga (Borneo) menyatakan bahawa kempen yang berjalan dari 1 Januari hingga 29 Februari lalu itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna dan ia menunjukkan satu kejayaan yang memberangsangkan.

    Cynthia Balaja bergambar bersama pemenang pada majlis yang diadakan di Pusat Membeli-belah One City, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda