Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Axsel Jaya, sebuah agensi insurans di ibu negara, telah mengumumkan enam orang pemenang bertuah bagi Kempen AJ Giveaway pada majlis yang diadakan di Bangunan Kumbang Pasang, Gadong, hari ini.
Cabutan berkenaan menyaksikan Awang Muhamad Najib Abdullah diumumkan sebagai pemenang iPhone 13 dengan Rohdia Anak Burut@Dominos memenangi hadiah kedua berupa wang tunai $500 dan Awang Zulasnawie Abdul Majid pemenang hadiah ketiga berupa wang $200 manakala itu, tiga lagi akan membawa pulang $100 setiap seorang.
Hadir membuat cabutan berkenaan ialah wakil dari media-media cetak tempatan dengan majlis penyampaian hadiah akan diadakan esok di pejabat Axsel Jaya, Bangunan Kambang Pasang, Gadong.
Kempen itu telah berjalan dari awal Januari lalu hingga awal minggu ini dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan yang membeli insurans melalui Axsel Jaya WhatsApp Business Chat dan membuat pembayaran dalam talian menerusi Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) atau Bank Baiduri.
Kempen bertujuan untuk memberi kembali kepada pelanggan dan mengucap terima kasih atas sokongan berterusan dengan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan.


