Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam pengebom mesin atm dihukum penjara

    FRANKFURT, 18 JULAI – Enam anggota geng penjenayah di Jerman yang mencuri wang daripada mesin pengeluaran automatik (ATM) dengan meletupkannya telah dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah daerah di Frankfurt kelmarin, lapor agensi akhbar Jerman (dpa).

    Dalang utama kumpulan itu dijatuhi hukuman penjara selama 13 tahun 9 bulan, manakala lima lagi masing-masing dihukum penjara lima tahun.

    “Kes kecurian ATM menggunakan bahan letupan telah terlalu lama dikenakan hukuman terlalu ringan,” kata hakim perbicaraan ketika menjatuhkan hukuman.

    Kumpulan lelaki itu dalam beberapa insiden berasingan meletupkan tujuh mesin ATM di wilayah barat Jerman pada 2022 dan 2023.

    Mereka mencuri lebih €870,000 (AS$1 juta), namun jumlah kerosakan akibat letupan dianggarkan melebihi €2.5 juta (AS$2.9 juta), hampir tiga kali ganda nilai yang dicuri. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda