Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam purih kukuh silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Seramai 200 orang ahli keluarga daripada enam purih (keturunan) Pengiran Metussin berkumpul dalam Majlis Hari Keluarga yang diadakan di Hotel Jeruton, Kampung Jerudong, baru-baru ini.

    Majlis merupakan satu aktiviti kekeluargaan bagi mengeratkan tali silaturahim dalam kalangan ahli keluarga daripada enam purih Pengiran Metussin.

    Perkumpulan enam purih berkenaan terdiri daripada keluarga Pengiran Duraman, Pengiran Baha, Pengiran Hajah Punggut, Pengiran Buntar, Pengiran Hitam dan Pengiran Damit.

    Majlis berkenan dimulakan dengan bacaan tahlil, Doa Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Faidil Rosemady bin Mohamad.

    Dengan adanya majlis seumpamanya, ia akan mengukuhkan lagi ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan ahli keluarga sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim hingga ke janah.

    Antara purih Pengiran Metussin yang menyertai perkumpulan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda