Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam remaja dihukum penjara kerana dera, peras ugut guru

    VIENNA, 21 OKT – Sebuah mahkamah Austria kelmarin menjatuhkan hukuman penjara ke atas enam remaja berusia antara 14 dan 17 tahun dalam kes melibatkan seorang guru yang didera, diperas ugut dan dirompak, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Hakim di Mahkamah Wilayah Vienna menjatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun dan tiga tahun masing-masing ke atas dua daripada tertuduh. Tertuduh yang lain menerima hukuman penjara antara empat hingga 18 bulan, sebahagian daripadanya ditangguhkan. Keputusan bagaimanapun belum muktamad.

    Seorang tertuduh dibebaskan. Dia sebelum ini menjalin hubungan suka sama suka pada tahun sebelumnya dengan guru itu, yang ketika itu hampir berusia 30 tahun.

    Wanita itu kemudiannya berkenalan dengan rakan-rakan remaja berusia 16 tahun itu, yang menurut guru berkenaan mendakwa diri mereka sebagai anggota kumpulan jenayah.

    Mahkamah mendapati dia kemudiannya dirogol, dicabul secara seksual dan didera oleh ahli kumpulan itu ketika berada di bawah pengaruh dadah.

    Kumpulan itu juga memeras wang daripada wanita itu untuk mendapatkan dadah, tembakau, makanan, minuman dan tambang teksi, mengugutnya dengan rakaman yang menunjukkan dia terbabit dalam aktiviti seksual dan mengambil dadah, kata hakim. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda