Tawaran mengacara program realiti nyanyian Suara Viral 2.0 merupakan satu peluang yang tidak mungkin disia-siakan oleh pelawak, Danial Zaini. Menyedari pasti akan ada penonton membanding-bandingkan cara pengacara dengan pengacara terdahulu iaitu Datuk AC Mizal, Danial, 28, berkata dia terbuka menerima sebarang kritikan. “Bagi saya ini adalah tempoh pembelajaran untuk saya jadi lebih baik, terima kasih