Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam terbunuh angkara serangan ISIS

    BAGHDAD, 24 MEI – Sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam serangan yang dilancarkan kumpulan Daesh/ISIS di utara Iraq.

    Kumpulan itu menyasarkan penduduk daerah Taza Khurmatu di bandar Kirkuk yang dihuni majoriti etnik Turkmen, lapor agensi Anadolu.

    Satu operasi telah dilancarkan untuk menangkap penyerang, memetik kenyataan pihak berkuasa.

    Daesh/ISIS pernah menguasai wilayah Mosul, Salahuddin dan Anbar pada Jun 2014 selain menawan sebahagian wilayah Diyala dan Kirkuk sebelum dirampas semula pihak berkuasa Iraq. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda