Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam terbunuh dalam banjir kilat di Bangladesh, ratusan ribu terkandas

    DHAKA, 8 OKT – Banjir kilat yang dahsyat selama berhari-hari, yang dicetuskan oleh hujan lebat dan aliran air deras dari hulu sungai, telah menyebabkan ratusan ribu orang terkandas di wilayah Mymensingh utara Bangladesh, dengan ribuan rumah masih tenggelam.

    Menurut Pusat Penyelarasan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRCC) di bawah Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan, banjir teruk telah melanda kawasan rendah di tiga daerah, Mymensingh, Sherpur dan Nertokona, dengan enam orang terkorban dalam banjir yang belum pernah berlaku sebelum ini.

    Pusat itu berkata dalam kemas kini terbaharunya bahawa enam orang, termasuk empat lelaki dan dua wanita, telah meninggal dunia dalam banjir setakat kelmarin.

    Kebanyakan banjir serius berlaku di daerah Sherpur di mana ia menyebabkan kerosakan besar kepada nyawa, harta benda dan tanaman.

    Walaupun keadaan banjir bertambah baik di Sherpur, ia bertambah buruk di bahagian Netrakona dan Mymensingh apabila banjir bergerak ke hilir, menghanyutkan benteng perlindungan sungai. Keadaan banjir juga semakin merosot dengan dengan sungai-sungai membanjiri kawasan tanah yang luas dan mengganggu kehidupan ratusan ribu orang. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda