Tuesday, February 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam terima sijil CELTA

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Enam graduan telah menerima sijil Certificate in English Language Teaching to Adults (CELTA) pada majlis tamat pengajian CELTA yang berlangsung di Pejabat CfBT Brunei, di Kiarong, di sini, hari ini.

    Hadir bagi menyampaikan sijil-sijil kepada para penerima ialah Pengarah Perkhidmatan Kumpulan Pendidikan CfBT, Anna Searle.

    CELTA adalah untuk para graduan baru, mereka yang berkerjaya atau guru yang ingin mendapatkan kelayakan rasmi dan kemajuan seperti DELTA.

    CELTA adalah kelulusan pengajaran Bahasa Inggeris praktikal yang memberikan syarat-syarat sebagai guru Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL).

    Ketua Latihan dan Pembelajaran, Robert Tunnel, dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa daripada kaji selidik 500 kerja mengajar Bahasa Inggeris di seluruh dunia yang dijalankan oleh Universiti Cambridge, 70 peratus meminta kelayakan CELTA dan di UK angka itu meningkat kepada 91 peratus yang menjadikannya standard emas.

    Alison Cuggy (kanan), Robert Tunnel, Sajjad Bhatti dan Jumina Qureshi (kiri).

    “Nilai Bahasa Inggeris di dunia masih tinggi, jika tidak lebih tinggi daripada yang pernah ada. Dengan itu permintaan para guru Bahasa Inggeris dan pentingnya mengajar Bahasa Inggeris secara efektif juga menjadi lebih besar,” jelasnya lagi.

    Beliau menegaskan bahawa CfBT menyambut baik orang ramai yang berminat untuk menyertai Kelas Bahasa Inggeris secara percuma bulan ini dan bulan depan dengan berkunjung ke CfBT untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai kelas percuma ini dan juga boleh melayari laman web CfBT.

    Para graduan, boleh menganalisis bahasa untuk tujuan pengajaran dan dapat membuat pelajaran lebih memotivasikan, merangsang dan bermakna bagi kohort yang luas.

    Berikutan penghujung kursus CELTA kedua, pusat berkenaan akan memulakan kursus ketiga pada 27 November ini dan berharap dapat melatih warga Brunei untuk mendapatkan kelayakan penting yang akan membolehkan mereka mengajar Bahasa Inggeris di ASEAN dan selanjutnya.

    Penerima sijil tersebut terdiri daripada empat orang graduan yang mendapat keputusan lulus iaitu Marina Winkler, Anthony Kit Lim, Jumina Qureshi dan Claire Sheehan serta seorang graduan yang mencapai keputusan Gred ‘A’ iaitu Alison Cuggy dan seorang lagi graduan mendapat Gred ‘B’ iaitu Sajjad Bhatti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda