Wednesday, March 19, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enggan kongsi kisah peribadi

    Pernah beberapa kali berdepan kegagalan dalam bercinta, penyanyi Taylor Swift mengakui tidak mahu terlalu terbuka untuk berkongsi

    kisah peribadi, terutama hubungan cintanya dengan pelakon terkenal, Joe Alwyn.

    Penyanyi lagu berjudul Me! itu sudah serik apabila kisah cintanya sebelum ini diwar-warkan sesetengah pihak sehingga ia memberi kesan buruk dalam kehidupannya.

    “Saya sudah serik untuk berbicara soal cinta. Jika saya berkongsi mengenai hal itu, peminat akan mula fikir mereka boleh berbicara mengenainya.

    “Tidak… hubungan cinta kami bukan untuk dibincangkan oleh sesiapa.

    “Dengan cara itu, kehidupan saya akan jadi lebih tenang,” katanya.

    Penyanyi yang baru sahaja melancarkan album ke tujuh berjudul Lover ini menjelaskan mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama The Guardian’s Weekend pada Sabtu.

    Taylor dan Joe telah menjalinkan hubungan cinta sejak pertengahan Mei 2017 namun memilih untuk merahsiakan hubungan itu daripada pengetahuan umum.

    Bagaimanapun, pasangan romantik itu sering dilihat muncul di beberapa majlis berprestij di Hollywood bersama-sama. – Agensi

    Taylor Swift tidak akan berkongsi kisah percintaannya lagi demi keselesaan dirinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda