Wednesday, July 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    England bangkit menuju suku akhir Euro 2024

    COLOGNE, 1 JULAI – England terlepas daripada penyingkiran yang memalukan daripada Euro 2024 kelmarin apabila mereka bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Slovakia pada masa tambahan dan mara ke suku akhir.

    Tendangan akrobatik Jude Bellingham pada masa kecederaan dan serangan Harry Kane pada awal masa tambahan membolehkan England menewaskan Slovakia 2-1 dalam aksi 16 terakhir mereka di Gelsenkirchen.

    Ia hampir menjadi satu lagi penyingkiran memalukan untuk England seperti mana kekalahan mereka kepada Iceland pada peringkat yang sama Euro 2016.

    England ketinggalan oleh gol Slovakia pada minit ke-25 jaringan Ivan Schranz dan juga menuju keluar dari pertandingan apabila gol penyamaan Phil Foden tidak dibenarkan kerana ofsaid.

    Tetapi detik inspirasi Bellingham lima minit memasuki masa kecederaan pada penghujung permainan menyelamatkan pasukan Gareth Southgate, ketika pemain Real Madrid itu secara akrobatik memanfaatkan lontaran ke dalam daripad Marc Guehi.

    Rintangan Slovakia dipatahkan, dan England dapat apa yang terbukti sebagai pemenang seminit ke dalam tempoh tambahan.

    Pemain gantian, Ivan Toney menanduk bola sepakan Eberechi Eze melepasi gawang untuk Kane menjaringkan gol kedua kejohanan itu.

    England bakal bertemu Switzerland pada peringkat suku akhir Sabtu nanti di Duesseldorf. – AFP

    Reaksi Harry Kane dan Jude Bellingham meraikan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak UEFA Euro 2024 pusingan 16 antara England dan Slovakia di Arena AufSchalke di Gelsenkirchen pada 30 Jun. – AFP.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan, Iran pulang ke tanah air

    KABUL, 2 JULAI – Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan dan Iran telah pulang ke negara asal mereka sejak sebulan lalu, menurut Kementerian Pelarian...