LONDON, 12 JUN – Pengurus England, Thomas Tuchel, mengalami kekalahan pertamanya dalam empat perlawanan sebagai pengurus England Selasa lalu apabila Senegal menjadi pasukan Afrika pertama yang pernah menewaskan Three Lions 3-1 dalam pertandingan persahabatan.
Bellingham menyangka dia telah menjaringkan gol untuk memberikan keputusan akhir 2-2 di City Ground, Nottingham, akan tetapi gol itu dibatalkan secara kontroversi sebelum Senegal menjarakkan jurang untuk gol ketiga pada masa kecederaan.
Tuchel terpaksa menahan bantahan yang dilakukan oleh Bellingham terhadap keputusan itu setelah tamat permainan dan berkata ia merupakan tindakan bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dari pemain berusia 21 tahun itu.
“Kadang-kadang saya melihat kemarahan dan ketidakselesaan itu muncul dengan cara yang agak menjijikkan, sebagai contoh, bagi ibu saya apabila dia duduk di hadapan televisyen,” kata Tuchel dalam wawancara meluas dengan stesen radio, talkSPORT, kelmarin.
“Saya nampak itu tetapi, secara umum, kami sangat gembira memilikinya. Dia seorang pemain yang istimewa,” tambahnya.
Tuchel menolak anggapan bahawa England mungkin lebih baik tanpa Bellingham, yang membintangi perlawanan Three Lions ke final Euro 2024.
Tetapi dia menyeru Bellingham untuk memberi inspirasi daripada memberi ancaman kepada rakan sepasukannya.
“Dia mempunyai sesuatu yang pasti dan kelebihan. Ia adalah diperlukan jika kami mahu mencapai matlamat penting,” tambah Tuchel. – AFP
