Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    England kumpul tandatangan larang Israel sertai bola sepak

    ISTANBUL, 5 NOV – Sebanyak puluhan ribu tandatangan telah dikumpulkan di England bagi sebuah petisyen yang menuntut agar Israel tidak dibenarkan menyertai bola sepak antarabangsa berikutan tindakannya di Gaza, selain mendesak agar perlawanan antara Aston Villa dan Maccabi Tel Aviv dibatalkan, lapor Anadolu Ajansi.

    Petisyen yang dilancarkan oleh Kempen Solidariti Palestin di UK dan ditandatangani oleh 25,000 orang itu diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak England di Stadium Wembley oleh pengarah platform itu, Lewis Backon.

    Backon berkata pasukan dari negara yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai dan dasar aparteid tidak sepatutnya dibenarkan bermain dalam pertandingan bola sepak antarabangsa.

    Aston Villa dijadual menentang Maccabi Tel Aviv di tempat sendiri dalam Liga Europa UEFA esok. Polis West Midlands mengklasifikasikan perlawanan itu sebagai ‘berisiko tinggi’ berdasarkan maklumat semasa serta insiden yang berlaku sebelum ini.

    Sementara itu, Kumpulan Penasihat Keselamatan yang terdiri daripada polis, pihak berkuasa tempatan dan pakar keselamatan mengumumkan bahawa penyokong pelawat tidak akan dibenarkan memasuki stadium. – Bernama/Anadolu

    Antara aksi semasa perlawanan pembukaan Liga Europa antara Maccabi Tel Aviv (jersi kuning) dan Midtjylland di Backa Topola, Serbia, 23 Oktober lalu. Aston Villa dijadual menentang Maccabi Tel Aviv esok dalam perlawanan dikatakan berisiko tinggi. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda