Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    England longgar sekatan, benarkan acara luar

    LONDON, 29 MAC – England memasuki fasa kedua pelonggaran sekatan hari ini disebabkan kejayaan kempen vaksinasi, namun kerajaan menggesa langkah berjaga-jaga tatkala satu lagi gelombang koronavirus melanda Eropah.

    Selepas sekolah dibuka semula pada 8 Mac, perintah tinggal di rumah England telah dilonggarkan untuk membolehkan perhimpunan sehingga enam orang, atau dua keluarga, dalam apa yang digelar oleh akhbar sebagai ‘Happy Monday’.

    Sementara sukan elit seperti bola sepak Liga Perdana telah diteruskan semasa sekatan terbaharu, tanpa peminat, peraturan baharu itu akan membenarkan sukan pasukan amatur disambung semula, selain tenis, golf, bola keranjang dan renang. Perdana Menteri Boris Johnson berkata beliau berharap hari ini ’akan melancarkan sukan musim panas yang hebat – dengan orang daripada semula lapisan umur bersatu semula dengan rakan sepasukan dan boleh meneruskan aktiviti yang disukai mereka.’

    Namun dalam mesej video yang disiarkan di Twitter, beliau menggesa orang ramai supaya menikmati kebebasan baharu mereka dengan berhati-hati.

    “Adalah penting kami tidak melakukannya secara keterlaluan dan menjejaskan segala kemajuan yang telah dicatat,” kata Johnson. Dalam fasa ketiga pembukaan semula mulai 12 April, kerajaan merancang membenarkan salun rambut dan kedai tidak penting dibuka di England. Pergaulan terhad dalam premis hospitaliti akan dibenarkan mulai pertengahan Mei, sementara kebanyakan sekatan lain akan dibatalkan pada 21 Jun, jika prospek kekal positif. – AFP

    Orang awam bersiar-siar semasa cuaca panas di Regent’s Park di London kelmarin. Sekatan virus ketiga England dilonggarkan, membenarkan perkumpulan sehingga enam orang bertemu di luar. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda