England longgarkan kuarantin

LONDON, 3 JULAI – Kerajaan Britain pada hari ini mengumumkan pengecualian pertama bagi kuarantin COVID-19, dengan ketibaan dari Jerman, Perancis, Sepanyol dan Itali tidak perlu lagi menjalani kua-rantin kendiri mulai 10 Julai.

Bagaimanapun, menerusi langkah yang mungkin mengelirukan itu, pengecualian yang terpakai kepada negara yang berisiko rendah COVID-19 itu, hanya akan dilaksanakan bagi ketibaan di England.

Mereka yang tiba di kawasan lain di United Kingdom (UK), sama ada Scotland, Wales atau Ireland Utara, masih perlu melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari atau berdepan hukuman denda. Sejak 8 Jun lalu, negara itu mewajibkan semua ketibaan dari luar negara, termasuk penduduk UK untuk menjalani kuarantin kendiri bagi mengelak risiko kes baharu yang diimport dari luar. Menyedari ramai rakyat Britain yang berhasrat untuk melancong ke luar negara pada musim panas ini, kerajaan pada hari ini menjangkakan negara yang berada dalam senarai pengecualian akan menarik balik sebarang sekatan ke atas pelancong UK.

Senarai lebih banyak negara yang dikecualikan dijangka dikeluarkan pada hari ini dan laporan berita menjangkakan kira-kira 75 buah negara termasuk dalam senarai. – AFP