Wednesday, July 3, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    England mulakan misi Euro 2024

    GELSENKIRCHEN, 16 JUN – Pengurus England, Gareth Southgate berkata pasukannya perlu menjadi ‘luar biasa’ untuk menamatkan kemarau gelaran kejohanan utama selama 58 tahun ketika mereka memulakan kempen Euro 2024 menentang Serbia hari ini.

    England perlu menghadapi tekanan yang diperkatakan sebagai salah satu pasukan pilihan untuk kejohanan ini, sementara Southgate menyasarkan untuk membimbing generasi yang berbakat tinggi ke arah kegemilangan.

    Puluhan ribu penyokong England telah tiba di Gelsenkirchen, barat Jerman, dengan penuh semangat untuk menyaksikan persembahan daripada pasukan mereka selepas kekalahan mengejut 1-0 kepada Iceland dalam perlawanan pemanas badan terakhir mereka.

    England berhasrat untuk menebus kesalahan mereka selepas tewas dalam final Euro 2020 kepada Itali di laman sendiri di Wembley.

    Di bawah pimpinan Southgate, mereka juga telah hampir berjaya dalam dua Piala Dunia, dan jurulatih England itu mengakui ini mungkin peluang terakhirnya untuk kejayaan dalam kejohanan utama.

    Namun, persembahan mantap dari Jerman dan Sepanyol dalam memenangi perlawanan pembukaan mereka telah menunjukkan betapa besar cabaran yang menanti England.

    “Terdapat banyak pasukan yang hebat dalam kejohanan ini. Kami perlu menjadi luar biasa untuk melangkah ke peringkat seterusnya,” kata Southgate dalam sidang media pra-perlawanannya.

    “Fokus kami adalah untuk layak daripada kumpulan. Apabila awda cuba mencapai perkara yang luar biasa, awda perlu melakukannya langkah demi langkah.

    “Keutamaan pertama kami adalah untuk melepasi kumpulan dan bergerak dari situ.”– AFP

    Pemain pertahanan England, Lewis Dunk mengambil bahagian dalam sesi latihan bersama rakan sepasukannya di Blankenhain, timur Jerman pada 15 Jun 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kanak-kanak hilang disyaki diserang buaya di Australia

    SYDNEY, 3 JULAI - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang hilang di kawasan terpencil di utara Australia mungkin ‘diserang buaya’, kata polis pada hari...