England semakin hampir ke Qatar

LONDON, 14 NOV – Harry Kane menjaringkan hatrik pada separuh masa pertama ketika England semakin hampir ke Piala Dunia 2022 dengan membelasah Albania 5-0, sementara Itali masih perlu berusaha untuk ke Qatar selepas seri 1-1 dengan Switzerland.

England masih memerlukan satu mata untuk layak apabila mereka berkunjung ke San Marino pada hari Isnin, tetapi mendahului tiga mata dan kelebihan perbezaan enam gol ke atas Poland.

Pasukan Three Lions mampu menuju ke Qatar dengan penuh keyakinan setelah mereka bangkit semula di Wembley dengan penuh bergaya dengan semua gol datang sebelum separuh masa.

“Separuh masa pertama sangat hebat, seakan kami telah bermain untuk masa yang lama,” kata pengurus England, Gareth Southgate.

“Kami berada dalam permainan terbaik apabila kami mempunyai kelebihan dan ini adalah perlawanan yang boleh meletakkan kami di ambang kelayakan ke Piala Dunia.”

Harry Maguire melupakan seketika permulaan sukar bersama kelab apabila kapten Manchester United itu berjaya menjaringkan gol pembukaan melalui tandukan kencang hasil sepakan percuma daripada Reece James. – AFP

Aksi pemain penyerang England, Harry Kane melakukan percubaan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Albania. – AFP