Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    England tak gentar

    DOHA, 6 DIS – Bukayo Saka baru-baru ini berkata bahawa England tiada sebab untuk berasa takut akan Perancis semasa mereka sedang bersiap sedia menghadapi aksi suku akhir Piala Dunia.

    Dipacu oleh kepintaran Kylian Mbappe, Perancis telah mengharungi cabaran sehingga ke peringkat lapan terakhir dengan penuh gaya dalam usaha mereka untuk mengekalkan gelaran juara dunia.

    Mbappe merupakan penjaring terbanyak dalam kejohanan ini dengan lima gol dan prestasinya yang mantap telah meyakinkan ramai orang untuk menjadikan Perancis sebagai pasukan pilihan dalam peringkat lapan terakhir di Stadium Al Bayt pada Sabtu nanti.

    Malah jurulatih England, Gareth Southgate juga mengaku selepas pasukannya menang 3-0 menentang Senegal dalam kelompok 16 terakhir bahawa Perancis bakal memberikan ancaman kepada perebutan gelaran juara oleh Three Lions itu.

    Namun pemain penyerang England, Saka, yang menjaringkan gol semasa aksi bertemu Senegal, bertegas pasukannya setaraf dengan Les Blues.

    “Kami tahu kualiti yang ada pada mereka tetapi kami juga tahu kualiti yang ada dalam diri kami. Kami mempunyai tiga rekod bersih dan pada masa sama menjaringkan gol paling banyak (dalam kejohanan ini),” Saka memberitahu wartawan.

    “Kami mempunyai banyak pengalaman dalam kejohanan. Jika awda lihat keputusan daripada beberapa kejohanan yang lepas, yang telah kami sertai, kami telah sampai ke peringkat separuh akhir dan akhir. Jadi apabila perlawanan besar datang, kami mempunyai banyak pemain yang tahu apa yang perlu mereka lakukan.” – AFP

    Pemain England, Bukayo Saka semasa sidang media di Kompleks Sukan Al Wakrah, Qatar, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...