Tuesday, October 15, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    England tetap yakin di bawah Carsley

    LONDON, 14 OKT – Pemain tengah Arsenal, Declan Rice menegaskan bahawa skuad England tetap selesa di bawah kendalian pengurus sementara Lee Carsley walaupun timbul ketidakpastian mengenai kedudukannya sebagai pengurus pasukan.

    Carsley dilantik sebagai pengganti sementara Gareth Southgate pada Ogos lalu untuk memimpin pasukan dalam Liga Negara-Negara bagi tempoh tiga jendela perlawanan antarabangsa.

    Bekas jurulatih skuad bawah 21 tahun (B-21) itu bagaimanapun memberikan kenyataan yang tidak pasti mengenai kesediaannya untuk mengambil alih jawatan tersebut secara tetap.

    Selepas kekalahan mengejut 1-2 kepada Greece di Wembley pada Khamis, Carsley menyatakan bahawa beliau berharap untuk kembali kepada peranannya bersama pasukan B-21.

    Namun, dalam temu bual televisyen selepas kemenangan 3-1 England ke atas Finland semalam, beliau menyatakan bahawa jawatan pengurus tetap sepatutnya diisi oleh jurulatih bertaraf dunia.

    Walau bagaimanapun, dalam sidang media selepas perlawanan di Helsinki, Carsley tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan jawatan itu secara tetap.

    Rice turut menepis dakwaan mengatakan ketidakpastian kedudukan Carsley telah menjejaskan pemain. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda