KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Pakar televisyen berbayar, Jonas Engwall, dilantik sebagai Ketua iflix, penyedia perkhidmatan langganan utama video-atas-permintaan (SVoD) dalam pasaran pesat membangun.
Berdasarkan pengalaman 14 tahun beliau dalam bidang penyiaran dan televisyen, Engwall membawa bersama-samanya kepakaran luas dan rekod cemerlang untuk pertumbuhan perniagaan utama dan peluasan antarabansga, kata iflix dalam satu kenyataan.
Sebagai pengasas Ketua Pegawai Eksekutif RTL CBS Asia Entertainment Network, beliau menerajui pelancaran dua saluran syarikat di 19 pasaran Asia. – Bernama