Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ENI, Petronas akan lancar lapan projek huluan di Indonesia, Malaysia

    KUALA LUMPUR, 10 NOV – NewCo yang baru ditubuhkan, iaitu usaha sama antara syarikat tenaga Itali, Eni S.p.A dan  Petroliam Nasional Bhd (Petronas), dijangka melancarkan lapan projek huluan baharu di Indonesia dan Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai sebahagian pemacu pembangunan gas berskala besar di rantau ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Eni, Claudio Descalzi berkata fasa pertama akan merangkumi empat projek di Indonesia dan empat lagi di Malaysia, di samping  penggerudian tambahan untuk menguji prospek cari gali baharu.

    “Dalam tempoh tiga tahun akan datang, kami akan memulakan lapan projek baharu berdasarkan rizab sedia ada, empat di Indonesia dan empat di Malaysia.

    “Kami juga akan menggerudi telaga untuk menguji rizab cari gali tambahan yang boleh meningkatkan nilai projek ini,” katanya dalam satu temu bual bersama Bernama baru-baru ini.

    Pada 3 November lepas, Eni dan Petronas memeterai perjanjian yang mengikat untuk menubuhkan sebuah syarikat bebas (NewCo), usaha sama 50:50 melalui penggabungan aset huluan masing-masing di Indonesia dan Malaysia. Kedua-dua pihak merancang pelaburan awal sebanyak AS$15 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang untuk entiti baharu itu, yang akan menguruskan 19 aset, meliputi 14 di Indonesia dan lima di Malaysia.

    Descalzi berkata penubuhan NewCo akan memanfaatkan potensi gas yang besar dan memperkukuh keterjaminan tenaga di rantau ini. – Bernama

    Fasa pertama projek tersebut akan merangkumi empat projek di Indonesia dan empat lagi di Malaysia, di samping penggerudian tambahan untuk menguji prospek cari gali baharu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda