Thursday, April 3, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enjin kereta ranap dijilat api

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Api besar telah membakar keseluruhan bahagian enjin sebuah kereta SUV dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kasat, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), lapan orang anggota dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh DSO Haji Sapar bin Haji Judin dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 5:16 petang.

    Sejurus tiba, anggota bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu jet hos dengan sumber air didapati daripada jentera bomba dan api berjaya dikawal dalam masa 3 minit.

    Pemilik kereta merupakan warga tempatan dan dalam kejadian itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala itu, punca api serta anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan.

    Sehubungan itu, JBP sekali lagi mengingatkan pemilik kenderaan untuk sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan dengan memastikan tiada sebarang kebocoran yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada blok enjin yang panas atau sistem elektrik.

    Api besar menjilat bahagian enjin kereta berkenaan. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda