Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    EnterSarawak, deklarasi E-Health tidak lagi diperlukan mulai 1 April

    KUCHING, 21 MAC – Pengunjung ke Sarawak tidak lagi perlu membuat permohonan menerusi aplikasi EnterSarawak atau mengisi borang deklarasi E-Health apabila pintu sempadan negara dibuka pada 1 April ini.

    Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata mereka hanya perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan memenuhi segala keperluan lain ditetapkan.

    Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata prosedur operasi standard (SOP) terperinci berhubung perkara itu akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak lama lagi.

    “Pasukan kita sedang membuat persiapan di lapangan terbang, kita harap apabila sempadan negara dibuka, kesesakan di lapangan terbang akan dapat diminimumkan. Diharapkan kita akan dapat tampilkan satu sistem yang lebih tersusun.

    “Pasukan kita juga sedang menyediakan SOP, dan perbincangan masih sedang dilaksanakan dengan Indonesia dan Brunei,” katanya dalam persidangan media di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda