LISBON, 1 FEB – Pemain tengah Argentina, Enzo Fernandez menjadi pemain termahal dalam sejarah bola sepak Britain selepas menyertai Chelsea dari Benfica dengan harga 106.7 juta pound (AS$131.4 juta), kelab Portugal itu mengumumkan hari ini.
Yuran itu melebihi 100 juta pound (kemudian AS$139 juta) yang dibayar Manchester City kepada Aston Villa untuk pemain antarabangsa England, Jack Grealish pada Ogos 2021.
Chelsea bersetuju untuk membayar klausa pelepasan dalam kontrak pemenang Piala Dunia berusia 22 tahun itu selepas rundingan sehari antara Benfica dan pemilik bersama kelab Liga Perdana itu.
Fernandez baharu sahaja menyertai Benfica dari kelab Argentina, River Plate pada Ogos, dengan bayaran yang dilaporkan sekitar AS$10 juta termasuk bayaran tambahan.
Profilnya meningkat pada Piala Dunia di Qatar tahun lepas, apabila dia memecah masuk ke dalam pasukan Argentina semasa mereka memburu kejuaraan di Piala Dunia itu. – AP
