Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ePerolehan baru bermula Januari

    PUTRAJAYA, 29 Dis – Sistem ePerolehan baru menggantikan sistem sedia ada yang akan digunakan sepenuhnya bermula 1 Januari ini, diyakini dapat memastikan aspek pengawalan dan pemantauan secara optimum terhadap penggunaan peruntukan kerajaan.

    Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata semua perolehan kerajaan bagi bekalan dan perkhidmatan bukan perunding akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian melibatkan semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan persekutuan.

    “Buat masa ini, perolehan kerajaan bagi bekalan dan perkhidmatan dianggarkan bernilai RM$18 bilion setiap tahun,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran ePerolehan baru di sini hari ini.

    “Manakala bagi bajet perbelanjaan projek pembangunan, ia masih di bawah Kementerian Kerja Raya, namun akan dibawa masuk ke dalam sistem ePerolehan bagi fasa dua di masa akan datang,” katanya.

    Menteri Kewangan Kedua Malaysia (tengah) bergambar kenangan semasa Majlis Pelancaran Sistem ePerolehan Baru pada kelmarin. – Bernama

    Melalui sistem tersebut juga, kata beliau, kerajaan akan mempunyai data dan maklumat mengenai semua pembekal yang boleh digunakan bagi merangka dasar pada masa akan datang.

    Johari berkata ePerolehan baru itu juga akan membantu meningkatkan kecekapan kepada sistem pemprosesan selain bersifat terbuka, adil dan saksama yang mana semua pihak mempunyai peluang yang sama untuk menyertainya.

    Secara tidak langsung, sistem itu juga akan menjimatkan masa dan mengurangkan “kuasa budi bicara” pada mana-mana pegawai dalam mengendalikan isu-isu pembelian, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda