Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Era baharu England bermula dengan kemenangan lawan Ireland

    DUBLIN, 8 SEPT – Selepas tewas di Kejohanan Eropah baru-baru ini , England memulakan era baharu dengan menewaskan Ireland 2-0 di Dublin kelmarin.

    Kira-kira 55 hari sejak kekalahan kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir Euro, England memulakan Liga Negara-Negara UEFA di bawah rejim baharu selepas pemergian Gareth Southgate. Jurulatih sementara Lee Carsley membuat permulaan yang mengagumkan di Stadium Aviva selepas gol pada separuh masa pertama daripada Declan Rice dan Jack Grealish.

    Identiti dua penjaring itu amat menyakitkan bagi penyokong Ireland yang mengejek Rice dan Grealish kerana keputusan mereka untuk bertukar ke England selepas mewakili Ireland.

    Tambahan lagi, jurulatih Carsley yang telah naik pangkat daripada membimbing juara Eropah, England bawah 21 tahun juga pernah mewakili Ireland sebagai pemain.

    “Kami telah menunjukkan bahawa kami mempunyai bakat sebenar. Kami juga berpuas hati dengan rekod bersih,” katanya.

    Rice, yang membuat tiga penampilan untuk Ireland, membawa England mendahului pada minit ke-11. Grealish yang mewakili Ireland di peringkat remaja sehingga ke U21 dan menggandakan pendahuluan England pada penghujung permaiana melalui gerakan hantaran yang sempurna.

    Terdahulu, Grealish adalah penyingkiran yang mengejutkan daripada skuad Euro 2024 Southgate.

    “Tiada perasaan yang lebih baik daripada bermain untuk England, terutamanya dalam perlawanan seperti ini,” kata pemain sayap itu. “Sejujurnya, ia mungkin salah satu musim panas yang paling teruk dalam hidup saya kerana anda tidak lupakan kekalahan yang berlaku di hadapan anda.”

    Jurulatih Ireland yang baharu, Heimir Hallgrimsson pula berharap mahu mengecewakan England sekali lagi selepas dia pernah menjadi pengurus bersama Iceland  yang pernah menewaskan Three Lions itu di Euro 2016. Tetapi walaupun England gagal menguasai permainan pada separuh masa pertama, ia tetap kemenangan rutin untuk permainan pertama bagi Carsley.

    Ketika ini, England berada di belakang pendahulu, Greece dengan perbezaan gol dalam Kumpulan B2. Greece menewaskan Finland 3-0 dengan dua gol daripada Fotis Ioannidis. – AP

    Jack Grealish (tengah), meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Negara-negara UEFA bertemu Ireland di stadium Aviva, Dublin, Ireland kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda