Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Era baharu MINI Brunei’

    Oleh Adib Noor –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar tunggal kenderaan MINI di Brunei, hari ini melancarkan dua model MINI baharu iaitu MINI Cooper dan MINI Countryman serba baharu.

    Majlis pelancaran yang berlangsung di Bilik Pameran MINI di Beribi itu disempurnakan oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Catherine Pochkhanavala-Cleeve bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF Brunei, Albert Lau dan Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Alisa Khoo.

    Buat pertama kali, MINI Cooper akan hadir dengan rangkaian pemacu elektrik sepenuhnya selain enjin petrol yang inovatif dan cekap.

    “MINI sedang memasuki era baharu di Brunei,” kata Alisa Khoo.

    “MINI Cooper dan MINI Countryman serba baharu ini memberikan gaya dan individualiti yang luar biasa, sambil mengekalkan semangat unik warisan jenama ini.

    Albert Lau dan Alisa Khoo bergambar bersama tetamu kehormat di samping MINI Cooper baharu di Bilik Pameran MINI di Beribi. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Salah seorang pengunjung yang hadir pada acara tersebut mengambil peluang melihat ruangan dalaman MINI Cooper yang baharu.– GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    “Dan buat pertama kali di Brunei, MINI Cooper akan tersedia dengan pemacu elektrik sepenuhnya, membolehkan pemandu menikmati pemanduan yang mampan dan bergaya,” tambahnya.

    Reka bentuk kreatif MINI menawarkan kefleksibilitian maksimum serta membolehkan pelbagai variasi dalam reka bentuk dalaman. Paparan bulat OLED, Unit Interaksi MINI, bertindak sebagai kluster instrumen serta pusat pengalaman dan keselesaan.

    Permukaan tekstil merevolusikan daya tarikan estetik dalaman dengan menambah tahap kesejahteraan dan kehangatan baharu.

    Reka bentuk purist MINI baharu mengambil kira watak bandar MINI dan semangat inovatif komuniti MINI.

    Bahagian hadapan MINI Cooper dan MINI Countryman serba baharu ditakrifkan oleh kontur ekspresif gril depan oktagon baharu.

    Sistem Operasi MINI 9 yang baharu merupakan pembangunan dalaman oleh Kumpulan BMW dan berdasarkan projek sumber terbuka Android.

    Pengoperasiannya intuitif dan mengikuti standard elektronik pengguna yang biasa.

    Orang ramai bolehlah mengunjungi Bilik Pameran MINI, Beribi untuk melihat model terbaharu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda