Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Era ‘Heisei’ Jepun berakhir

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Maharaja Akihito selaku maharaja Jepun ke-125 hari ini turun takhta sekali gus menandakan berakhirnya pemerintahan era ‘Heisei’ selama tiga dekad sebagai era yang dinamakan harapan mencapai keamanan.

    Selain simbol dan juga penyatuan rakyatnya, maharaja juga berkongsi kegembiraan dan kesedihan yang dirasakan oleh negaranya.

    Semasa Jepun dilanda bencana, maharaja akan membuat lawatan ke kawasan terjejas dengan menawarkan bantuan dan galakan. Orang yang mengalami kesusahan akan pulih semangatnya selepas mendengar ucapan beliau.

    Duta Besar Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato menjelaskan demikian ketika berkongsi sejarah Maharaja Hirohito di Kedutaan Jepun, petang tadi.

    “Maharaja juga sangat menyedari masa lampau Jepun terutama tragedi perang dunia kedua dan telah membuat lawatan ke beberapa pulau di Lautan Pasifik yang mengalami kerugian besar dengan menawarkan sembahyang kepada korban dan kepada mereka yang terjejas tanpa mengira kewarganegaraannya.

    Gambar serahan Kedutaan Jepun menunjukkan maharaja dan maharani baharu Jepun dan isterinya.

    “Pada tahun 2016, Maharaja Akihito mengumumkan bagi memenuhi kehendak rakyat Jepun sebagai maharaja dan menyampaikan keinginan beliau untuk turun takhta,” jelas Tuan Yang Terutama kepada media.

    Pada 1 Mei 2019, kami akan menyambut pewaris takhta iaitu Putera Mahkota Naruhito sebagai maharaja Jepun ke-126 yang akan menaiki takhta.

    Putera Mahkota Naruhito juga peramah seperti ayahnya dan rendah hati. Beliau mendapat pendidikan di Oxford dan khusus dalam penyelidikan mengenai sejarah pengangkutan sungai di Thames.

    Sejak itu, minat Putera Mahkota Naruhito mengenai perkara itu diteruskan dan sentiasa bercakap kepada orang ramai mengenai pencegahan konflik berkaitan sumber air dan akses kepada air bersih kepada semua.

    Sempena menyambut era baharu ‘Reiwa’ yang bermaksud ‘harmoni yang indah’, kedutaan Jepun di negara ini akan membukakan kedutaan untuk menerima ucapan tahniah daripada para pelawat dari 1 hingga 3 Mei ini bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari dan pada sebelah petangnya pula bermula dari jam 2 hingga 4 petang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda