Monday, March 31, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Era hubungan rapat Kanada-Amerika Syarikat sudah berakhir – PM Carney

    ISTANBUL, 28 MAC – Perdana Menteri Kanada, Mark Carney kelmarin mengumumkan era hubungan tradisional antara Kanada dan Amerika Syarikat (AS) telah berakhir, sekali gus menamatkan integrasi mendalam dalam aspek ekonomi dan keselamatan antara kedua-dua negara.

    Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet di Ottawa, Carney memberikan penilaian terus terang mengenai hubungan dua hala sambil menegaskan kedaulatan Kanada, lapor agensi Anadolu (AA).

    “Hubungan lama yang kita ada dengan AS, berdasarkan pengukuhan integrasi ekonomi kami serta kerjasama keselamatan dan ketenteraan yang erat, sudah berakhir.

    Apa langkah AS seterusnya masih belum jelas. Namun, yang pasti, kita sebagai rakyat Kanada mempunyai kuasa dan merupakan tuan di tanah sendiri,” katanya.

    “Kita perlu mengurangkan kebergantungan kepada AS secara drastik, mengubah hala tuju hubungan perdagangan ke tempat lain serta melakukan perkara yang sebelum ini dianggap mustahil pada kadar yang belum pernah kita saksikan dalam beberapa generasi,” kata beliau.

    Carney menggariskan wawasan bercita-cita tinggi untuk meningkatkan keupayaan Kanada untuk berdikari, dengan menekankan keperluan tindakan yang tegas dan pantas.

    “Kita boleh mengawal masa depan kita. Kita boleh memberikan lebih banyak manfaat kepada diri kita sendiri berbanding apa yang boleh diambil oleh mana-mana kerajaan asing, termasuk AS,” katanya.

    Beliau turut menyeru mobilisasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini di seluruh Kanada.

    “Ia memerlukan kerja keras, keazaman yang teguh dan fokus daripada kerajaan, perniagaan, tenaga kerja dan rakyat Kanada,” katanya. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda