Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Era keemasan Australia mula pudar

    SYDNEY, 30 JUN – Pertumbuhan hebat ekonomi Australia tidak akan berakhir disebabkan pengharaman ke atas beg plastik, yang didakwa oleh sebahagian besar pihak, tetapi para pengguna mula kurang berbelanja dan itu memberikan peringatan kepada seluruh dunia.

    Pernah digelar sebagai ‘ekonomi Goldilocks’ kerana mengelakkan krisis kewangan global, Australia telah menyaksikan perkembangan tanpa gangguan selama 27 tahun, yang belum pernah terjadi di dunia maju.

    Tetapi pandangan itu mula merosot. Ekonominya hanya tumbuh 0.4 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini, selepas perkembangan hampir sifar pada separuh masa kedua 2018.

    “Isu utama adalah para pengguna,” kata ketua pakar ekonomi Bank Kebangsaan Australia, Alan Oster kepada AFP.

    Seperti kebanyakan ekonomi maju, kadar pengangguran Australia tidak begitu teruk, tetapi seperti kebanyakan negara lain terdapatnya gabungan masalah hutang tinggi dan pertambahan gaji yang lembap.

    Sebagai tindak balas, penduduk Australia menjadi berjimat cermat, kurang keluar makan, dan paling ketara adalah kurang dari segi pembayaran sewa dan tempat tinggal.

    Harga rumah di Sydnet kini jatuh hampir 15 peratus berbanding puncaknya dua tahun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda