Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Eras Tour di Eropah bermula dengan kejutan lagu baharu

    Taylor Swift telah membuat perubahan yang mengejutkan dalam senarai lagu semasa konsert Eras Tour pertamanya sejak pelancaran album The Tortured Poets Department.

    Pada konsert baru-baru ini di Arena La Defense di Paris, peminat telah dihiburkan dengan pertambahan lagu-lagu baharu daripada album yang memecahkan rekod yang dilancarkan pada bulan April.

    Berdasarkan video peminat dan laporan media, Swift telah membawa lagu But Daddy I Love Him, So High School, Who’s Afraid of Little Old Me, Down Bad, Fortnight, The Smallest Man Who Ever Lived dan I Can Do It with a Broken Heart, semuanya daripada album baharu tersebut, sambil berpakaian hitam dan putih selaras dengan visual album studio ke-11nya.

    Eras Tour bernilai bilion dolar itu bertujuan untuk menjadi retrospektif kerjaya, dengan Swift mempersembahkan lebih daripada 40 lagu yang mencerminkan 17 tahun muzik yang dirakamkan. The Tortured Poets Department ialah pelancaran pertamanya yang baharu sejak jelajah itu bermula.

    Persembahan di Paris termasuk beberapa kostum baharu dan beberapa suntingan untuk memberi ruang kepada bahan baharu. Persembahan Folklore dan Evermore telah digabungkan menjadi satu, seperti yang dilaporkan oleh Billboard. – AP

    Swift mengejutkan para peminat dengan persembahan lagu-lagu baharunya. – Teen Vogue
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...